Monday, September 10, 2012

HIKMAH DAN MEMORI RAMADHAN


Salam Syawal,

Semasa di tingkatan enam, saya pernah mempunyai suatu kefahaman tentang salah satu hikmah ramadhan dan selalu menyebutnya apabila membincangkan topik berkaitan.

‘Betapa dalam bulan ramadhan, kita boleh mengukur berapa besarkah faktor antara hasutan syaitan dan kemahuan manusia sendiri dalam sesuatu keterlanjuran atau maksiat yang kita lakukan. Ini kerana semasa bulan ramadhan syaitan itu diikat’.

Kefahaman itu telah menjadi pegangan saya buat sekian lama sehinggalah beberapa tahun kemudian, ianya telah saya nilai semula hingga membuahkan kefahaman yang lebih luas. Semuanya melalui proses ‘menuntut ilmu’ yang tidak berhenti.

‘Syaitan itu diikat dalam bulan puasa, sebab itu kita tak rasa seram pun kalau berjaga di tengah malam’

‘Kalau syaitan tiada di bulan puasa, mengapa masih ada yang mencuri, merogol di bulan puasa ni?

‘Kalau syaitan tiada di bulan puasa, mengapa masih ada kejadian orang histeria, kerasukan dan ‘masuk hantu’ dalam bulan puasa ni?

Saya tidak bermaksud untuk membentangkan kepelbagaian dalil tentang dinamika hakikat ‘syaitan itu dirantai dalam bulan ramadhan atau tidak’ tetapi ingin menyentuh betapa pentingnya keterbukaan hati dan prinsip bersederhana dalam kehidupan.

Semasa kita menemukan dalil atau hujah yang terhad dalam sesuatu perkara, sudah tentu kita akan melihatnya pada skop yang terhad tersebut.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment